SMART Success Team

 Mencapai Impian bersama-sama

 Smart Naco !

 

Nazliana Abu Naem

(Presiden Direktor)

 

Kenali saya

 

Nama saya Nazliana Abu Naem. Ibu bapa saya berasal dari Johor tetapi saya di lahirkan di Kuala Lumpur . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Aminuddin Baki Kg Pandan seterusnya mengambil Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya mula di perkenalkan dalam Smart Naco Sdn Bhd oleh Presidential Direktor (PD) Fauzan bin Kamari. Pusingan stok yang bertukar ganti dalam tangan PD Fauzan membuatkan saya tekad memilih Smart Naco kerana produknya yang mendapat sambutan hangat. Menceburi bidang MLM di Smart Naco merupakan detik bermakna pada diri saya. Di dalam biz ini saya mengenali potensi diri saya dan menggunakannya di tempat yang benar - benar menguntungkan. Pada umur 30 tahun saya yakin bidang yang saya pilih menjanjikan masa depan yang cerah seiring dengan matlamat saya ingin hidup bebas dari belenggu kewangan. Walau duit bukan segalanya tetapi kita perlukan kualiti yang baik dalam hidup. Kualiti pembelajaran yang baik untuk anak saya dan kualiti kehidupan bermakna untuk keluarga kami. Saya yakin impian ini juga mampu di capai oleh anda.

Saya mula menyertai Smart Naco pada 9 March 2006. Setelah di beri peluang oleh PD Fauzan saya yakin peluang tersebut tidak boleh saya persiakan. Seminggu selepas menyertai Smart Naco saya berada di zon amat sibuk. Mendapatkan marketing tools untuk memulakan biz ini amat perlu .'Setting' untuk memulakan biz merupakan satu persediaan penting. Saya mula belajar marketing plan sendiri dengan di bantu oleh PD Fauzan. Pada masa itu saya akan sentiasa mendapatkan PD Fauzan walau pada ketika itu saya berada di dalam teksi hanya untuk mendalami biz ini dengan lebih baik. Minggu kedua saya berada dalam Smart Naco saya di beri seorang 'prospek' oleh PD Fauzan. Pada saya peluang ini tidak akan saya persiakan. Di pendekkan cerita berkat kesungguhan saya, akhirnya prospek tersebut menjadi downline saya yang aktif .Alhamdulillah.

Kejayaan saya mendapatkan pangkat Manager pada bulan pertama dengan pendapatan RM609 merupakan titik permulaan gambaran kejayaan hasil tumpuan tidak berbelah bagi. Keyakinan saya semakin bertambah kerana saya terpana dengan bukti yang saya sendiri cipta. Sudah pasti saya junjung sistem terbaik yang digunakan oleh Smart Success Team. Mengenali pengasas SPD Khairul Aza dan leader lain merupakan satu suntikan semangat buat saya. Sistem perniagaan secara Kaedah Online yang di cipta beliau dan juga secara Offline begitu menjulang nama Smart Success Team dan telah menghasilkan leader hebat. Bayangkan anda yang tidak pandai bercakap dihujani dengan pelbagai emel bertanya keberkesanan produk IgG Plus. Bayangkan juga anda yang tidak mempunyai ramai sahabat mempunyai ramai downline yang tidak anda kenali. 27 juta penduduk Malaysia sebahagiannya adalah pengguna Internet yang berpotensi. Adakah anda nampak apa yang saya lihat ?

Penggunaan VCD sebagai 'marketing tools' Kaedah Offline merupakan alat terbaik yang pernah di gunakan. Kaedah 312 dan 525 merupakan perintis kejayaan Smart Success Team dalam mengembangkan sayapnya. Hari ini saya pasti bukan sahaja saya malah anda semua kerana saya pasti sedikit potensi yang ada dalam diri saya hanya merupakan sebahagian potensi yang ada pada diri anda semua. Silaturrahim yang kuat antara rakan niaga Smart Sucess Team dan keluarga besarnya tidak menyebabkan saya rasa keseorangan mencapai kejayaan. Penting sekali Sistem Duplikasi yang diamalkan memberi kebebasan untuk kita menjalankan teknik yang sama di amalkan oleh leader hebat Smart Success Team. Maka akhirnya kejayaan leader hebat juga milik kita.

Jangan biarkan diri anda sentiasa dibelenggu dengan sejarah kegagalan anda di MLM suatu masa dahulu. Dengan MLM Smart Naco kami tidak menjanjikan kejayaan anda sekelip mata tetapi sekiranya anda berusaha mengikuti sistem yang ada maka insyaallah dengan berteraskan kegigihan dan komitmen anda akan menikmati hasilnya.

Kini impian saya untuk mencapai kejayaan di dalam bidang MLM melalui Smart Naco menjadi kenyataan. Kehebatan produk seperti IGG Plus, Naco Spirulina dan Naco Royal Jelly telah menjadi sebutan ramai. Kini rangkaian SMART Success Team telah berada di setiap pelusuk tahahair. Kami telah menyediakan forum khas untuk kumpulan SMART Success Team berinteraksi sesama sendiri di internet.

Akhir kata dari saya, kepada anda diluar sana yg berminat utk menceburi perniagaan ini, jgn bertangguh lagi. Hubungilah rangkaian kami yg berada berhampiran anda utk mendapatkan informasi tentang perniagaan yg akan merubah impian hidup anda menjadi kenyataan.

 


 

Percuma VCD dan Informasi dari SMART Success Team

 

Sila berikan butiran lengkap di bawah ini untuk mendapatkan informasi percuma anda

   

1.

Nama Anda

 

2.

Email Anda (REQUIRED)

 

3.

Nombor Telefon

 

4.

Alamat Anda

 

5.

Sudahkah anda menjadi ahli SMART Naco?

Jika YA klik di kotak kanan

 

 

 

6.

Pernahkah anda terlibat di dalam MLM?

Jika YA klik di kotak kanan

 
     

7.

Nama kenalan yg memperkenalkan peluang ini kepada anda (jika ada)

 
     

8.

Sila nyatakan masa yang sesuai untuk menghubungi anda melalui telefon

 
 

 
 
 

Laman Utama | Kenali saya | Journal (My Blog) | Testimoni sukses

Daftar Online | Testimoni pengguna | Forum SST | Artikel kesihatan

 

Copyright © SMART Success Team 2005 - 2006. All Rights Reserved.

Disclaimer : Ini bukanlah laman web rasmi syarikat MLM yang kami wakili. Sebarang maklumat yang terdapat di
dalam laman web ini tidak di endorse oleh mana-mana pihak. Jumlah pendapatan yang anda perolehi adalah tidak
di jamin dan tiada guarantee. Walau bagaimanapun, jika anda melakukan perniagaan ini dengan bijaksana anda
mampu memperolehi pendapatan yang lumayan. Testimoni produk adalah hasil temubual dengan pengguna dan
tidak di endorse oleh mana-mana pakar perubatan.